Kawalan Sempadan | Op Khas pertingkat kawalan perairan negara

2022-04-15 0

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) akan mempertingkatkan rondaan dan operasi menerusi Op Khas Pagar Laut, bagi mengawal jenayah rentas sempadan sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, seramai 2,500 pegawai dan anggota akan digerakkan dalam Op Khas yang bermula 19 April ini.